Berniaga Bersama Ketua Pemuda UMNO Pinggiran Subang


Wednesday, June 10, 2009

Bercintalah..... Dulu... Baru Mesra

Di adaptasikan dari:

Pemuda UMNO.

KetuaPemuda: "Perkahwinan Tergesa-gesa" Pakatan Pembangkang Menuju Kehancuran

Oleh S.A Najmuddin

Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata krisis keyakinan dalam Pakatan Rakyat seperti didedahkan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, menunjukkan pakatan itu 'retak menunggu belah'.


Tegasnya tidak seperti Barisan Nasional (BN), gabungan yang diasaskan melalui 'perkahwinan tergesa-gesa' pada pilihan raya umum lalu boleh 'bercerai' bila-bila masa, sebaik ahli pakatan pembangkang itu bosan dengan kerenah pemimpin mereka.

"Krisis dalam pakatan pembangkang berlaku kerana gabungan itu diasaskan hanya untuk mencapai matlamat politik sempit dan bukannya berasas ideologi sama.

"Sebab itu tiada persetujuan mengenai Kabinet bayangan Pakatan Rakyat, walaupun mereka uar-uarkan untuk menubuhkan Kerajaan Pusat", katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi keadaan ini berlaku kerana pemimpin parti terbabit mahu berebut jawatan, termasuk jawatan Perdana Menteri.

"Dalam muktamar Pas baru-baru ini, diberi gambaran yang Pakatan Rakyat akan diterajui pemimpin Pas dan ini bercanggah dengan kehendak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," ujarnya.

Beliau mengulas pengakuan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya, kelmarin yang Pakatan Rakyat sedang mengalami krisis keyakinan sejak pilihan raya umum lalu, berikutan tindakan Pas yang mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Lim dalam blognya berkata, krisis keyakinan itu berpunca daripada sikap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersungguh-sungguh mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan BN.

0 comments:

Post a Comment