Berniaga Bersama Ketua Pemuda UMNO Pinggiran Subang


Sunday, June 7, 2009

Gena Mu.. Bulih ... tak bulih....bulih....

Diadaptasikan dari:
Sinar Harian


Pas celaru


Kerajaan perpaduan mengarut: Nik Aziz

UMNO didakwa 'samseng politik', diibarat sebagai telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan itu sebagai ‘mengarut’ dan merugikan Pas.
“Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar Pas yang lalu. Kalau nak berunding dengan UMNO, tak usah.
“Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut,” katanya ketika berucap dalam program Ceramah Perdana sempena muktamar Pas di Stadium Malawati di Shah Alam, malam kelmarin.

Kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu dilihat bercanggah dengan Abdul Hadi yang melihat idea itu merupakan satu pendekatan yang baik dan mampu dilaksanakan namun ia perlu ditangguhkan atas alasan perubahan kepimpinanan Bari­san Nasional (BN).

Sambil menyifatkan UMNO sebagai 'samseng politik', Nik Aziz turut mengingatkan ahli Pas supaya parti itu terus dimusuhi dan dibasmi dengan bersunggih sungguh.

“Otak UMNO (ada) di Perak, kerajaan PR yang menang dia ambil menjadi kerajaan dia.(Jadi) kita perlu matikan UMNO habis-habisan, parti itu adalah telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris, “ katanya.

Nik Aziz turut menegur sesetengah perwakilan kelmarin yang dilihat banyak membahaskan usul diluar konteks ucapan dasar presiden.
“Saya sempat dengar dua tiga orang berucap, (ibarat)ini restoran, kalau kita masuk restoran (sepatutnya) kita minta makanan dan minuman. tetapi kita minta minyak silinder, kita hendak betulkan tayar motokar. Ini pelik, orang ketawakan kita apabila kita bercakap benda lain di dalam muktamar ini,” katanya.

Selain itu Nik Aziz berkata beliau turut membantah sebarang usaha sama atau rundingan bersama UMNO yang bermatlamat untuk membincangkan mengenai perkongsian kuasa.

No comments:

Post a Comment