Berniaga Bersama Ketua Pemuda UMNO Pinggiran Subang


Wednesday, July 8, 2009

Jangan Malu Untuk Mengaku....


Bismillahirrahmanir rahim.

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana
desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu angku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.
Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin
dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari
sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut
mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari
tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari
sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu
bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat
di wajahmu.' Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin
memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan,
tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan
agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda
harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan
!Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang
tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima
yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu
yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas
yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang
dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta
namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun
Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa
ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah
yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada
Allah.

Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan
Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika
Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketiga
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan
makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.
Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru
langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di
atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi
Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,
katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.
berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat.' (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,
lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah
daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah s.w.t. berfirman,
'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing.' (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara
Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat
barang-barang kami, lalu
dia dimakan serigala..' Setelah kedustaan
terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu
semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu
kepada Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.' (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w..t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai.' (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah
s.w.t. berfirman, 'Wahai
api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.'
(Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan
batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul
Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya
Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita
itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran
matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah
Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim
tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan
niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu
terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba
mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan
semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun
anda tidak mampu menjawabnya!'

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut
kalian marah.'

Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '

Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama
Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka
dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .**
NOTA:

Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang
cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi
kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab
pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu
bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya)
apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah
itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak
pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau
tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah
Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam)
kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi..

Wallahua'lam

semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar! !!! ittaqullah!!

Friday, July 3, 2009

Kalut...... Sebab Nak Bolot.......

Diadaptasikan Dari;

Utusan Malaysia On Line

Pakatan P. Pinang kalut

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim menyindir Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang tidak mengotakan apa yang pernah dikatakannya.

Zahrain juga mahu Guan Eng bersemuka sendiri dengan penduduk Kampung Buah Pala.

Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi mendakwa seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada PKR menyalahgunakan kuasa.

Penduduk Kampung Buah Pala mohon maaf kepada Perdana Menteri kerana silap pilih pembangkang.

Depa dah mula nak buka pekung di dada... kita harus sambut baik.....

Di adaptasikan Dari:

Utusan Malaysia.

DWakil Rakyat DAP Kedah isytihar jadi ADUN Bebas

WAKIL rakyat tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aik semalam mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan berkecuali serta tidak lagi menjadi penyokong kerajaan negeri.

Sebagai ADUN Bebas dan berkecuali, katanya, beliau juga tidak akan menyokong Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya hanya menyokong pihak yang benar sahaja.

Sementara itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su pula mendedahkan kerajaan negeri Kedah bukan sahaja merobohkan pusat penyembelihan babi di negeri itu tetapi juga merancang untuk merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina.

Beliau mendakwa, kerja-kerja untuk merobohkan kuil dan tokong itu telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar.

Jangan bangkit isu kerajaan Perpaduan- Tuan Ibrahim

Pas takutkan bayang-bayang sendiri.

SHAH ALAM- Pas akan mengenakan tindakan tegas terhadap kepimpinan parti yang mengeluarkan isu berkaitan kerajaan perpaduan yang hampir menggoncang keutuhan dalam parti tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata seluruh pimpinan di semua peringkat parti diingatkan agar mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am dan Presiden parti, iaitu menghentikan serta merta sebarang perbincangan mengenai isu tersebut.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas berkata, keputusan menghentikan isu ini telah disepakati dan diterima baik sehingga berjaya meredakan ahli dan penyokong parti itu di seluruh negara.

Ahli Majlis MPPP dari PKR didakwa salah guna kuasa - Giler Kuasa ler tuuu....

Di adaptasikan dari:
Sinar Harian

PULAU PINANG - Belumpun reda kemelut antara DAP dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung isu pelucutan jawatan Ahli Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari PKR, kini timbul pula dakwaan salah guna kuasa terhadap seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PKR.

Dakwaan itu dibuat oleh Anggota Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau lebih dikenali sebagai Jeff Ooi dari parti DAP berkaitan cubaan ahli majlis berkenaan membatalkan arahan berhenti kerja yang dikeluarkan MPPP terhadap sebuah syarikat pemaju perumahan di kawasan Jelutong.

Ketika bercakap pada sidang akhbar di sini semalam, beliau mendakwa ahli majlis itu berusaha melobi supaya perintah berhenti kerja itu ditarik balik bagi membolehkan pemaju meneruskan kerja pembinaan kondominium berkenaan.

Katanya, ahli majlis itu juga dikatakan bertindak mendesak pegawai-pegawai MPPP untuk membentang semula arahan berkenaan supaya ia boleh dikaji semula dan ditarik balik.

“Saya berpendapat ahli majlis berkenaan tidak mematuhi etika prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus kerana bertindak seperti ‘koboi’ dengan melobi serta mendesak bagi menyebelahi kepentingan pihak pemaju.

“Sepatutnya dia (ahli majlis) hanya boleh membawa sebarang usul secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat rasmi yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan membuat tekanan atau desakan seperti itu,” katanya.

Saturday, June 27, 2009

Mintalah Ampun.....

Nik Aziz perlu minta ampun: Muhyiddin

MUAR: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, tidak perlu minta maaf kepada Umno sebaliknya memohon ampun pada Tuhan kerana kenyataannya menyamakan Umno dengan Ayah Pin dan komunis.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebagai ulama yang disegani, Nik Aziz harus sedar perbuatan itu adalah dosa tetapi terpulang kepada Mursyidul Am Pas itu untuk memastikan sama ada ia dosa besar atau kecil.

Wahai... Ulamak Pas... Molek-molek ler... menyusun kata... janganler umpamakan semua orang UMNO ngan ayah pin, umpamakan oreng ngan komunis... ikut sedap mulut mu yo... lepas tu kafir kan oreng UMNO.

Tapi mu... dok berpakat dengan oreng yang beriya-iya nak bawa balik bapok komunis Chin Peng..

Kami oreng UMNO dok pernah menolak agama Allah, ma'sya allah. kami sentiasa mendoakan sesuatu yang baik dengan memohon kepada Allah gar kita orang islam dan orang melayu mahu dari UMNO ataupun Pas sentiasa bersatu dan berpadu membangunkan negara, membangunkan islam membangunkan melayu. Bukan sekaar bercita-cita merampas hak orang melayu.

Ingatlah kita negara kita, tanah negara kita masih lagi tanah Melayu....



Thursday, June 11, 2009

Dari Batang ... Baik Tukar Belakang Keadilan Rakyat... mesti dia geram punya.....

Diadaptasikan dari;
Pemuda UMNO


IsuKeadilan: Lucu! Bila Parti Keadilan Rakyat Bertukar Batang Keadilan Rakyat

Oleh Dr Novandri Hasan Basri


Penulis 'kagum' dengan inisiatif jawatankuasa pindaan perlembagaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh Naib Presidennya, R. Sivarasa yang mahu meminda perlembagaan PKR agar kononnya lebih progresif dan saksama.

Hakikatnya, kita semua tahu PKR sebenarnya cuba menggembar-gemburkan satu topik yang boleh di spin oleh media-media mereka ketika di saat ini rakyat seperti terlupa sekejap tentang PKR dan kita semua sibuk membincangkan 'kerajaan perpaduan', isu yang paling hangat sekarang ini.

Parti PKR terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti terpinggir dan tidak mendapat tempat di dalam perbualan kita sejak beberapa hari ini.

Kita banyak membincangkan pandangan-pandangan dari pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan para intelek. Kita juga mendengar suara-suara sumbang daripada pemimpin-pemimpin DAP yang menuduh serta memperlekehkan parti Pas.

Makanya, PKR mengeluarkan topik 'meminda perlembagaan PKR' dengan harapan rakyat akan kembali membincangkan hal ehwal PKR. Canggih strategi itu tapi boleh di baca dengan senangnya!

Tapi bagi penulis, yang paling hangat dibincangkan dan akan menjadi bahan jenaka oleh rakyat Malaysia nanti ialah penggunaan istilah 'ranting' untuk menggantikan cawangan dan 'cabang' untuk menggantikan bahagian kononnya PKR tidak mahu lagi mempunyai unsur struktur tradisional atau struktur feudal!

Penulis tersenyum dengan putar belit R. Sivarasa dan ahli jawatankuasa beliau yang 'mampu' memberikan alasan yang tidak munasabah langsung!

Tetapi jika PKR benar-benar dead serious dengan alasan itu, mereka sepatutnya turut menukar istilah 'PARTI' kerana ianya juga istilah tradisional dan feudal!

Oleh kerana PKR menggunakan istilah cabang dan ranting, maka batang (trunk) patut diguna untuk menggantikan struktur terbesar di dalam PKR, contohnya, perkataan 'parti' itu sendiri.

Barulah dikatakan lengkap usaha PKR untuk 'jauh daripada struktur tradisional dan feudal'!

Maka, mulai daripada hari ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan ditukar kepada Batang Keadilan Rakyat (BKR)!

Anwar Ibrahim pastinya orang yang pertama yang bersetuju jika ayat 'batang' digunakan.

Hidup Batang Keadilan Rakyat (BKR) !