Diadaptasikan dari;
Pemuda UMNO
IsuKeadilan: Lucu! Bila Parti Keadilan Rakyat Bertukar Batang Keadilan Rakyat
Oleh Dr Novandri Hasan Basri
Penulis 'kagum' dengan inisiatif jawatankuasa pindaan perlembagaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh Naib Presidennya, R. Sivarasa yang mahu meminda perlembagaan PKR agar kononnya lebih progresif dan saksama.
Hakikatnya, kita semua tahu PKR sebenarnya cuba menggembar-gemburkan satu topik yang boleh di spin oleh media-media mereka ketika di saat ini rakyat seperti terlupa sekejap tentang PKR dan kita semua sibuk membincangkan 'kerajaan perpaduan', isu yang paling hangat sekarang ini.
Parti PKR terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti terpinggir dan tidak mendapat tempat di dalam perbualan kita sejak beberapa hari ini.
Kita banyak membincangkan pandangan-pandangan dari pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan para intelek. Kita juga mendengar suara-suara sumbang daripada pemimpin-pemimpin DAP yang menuduh serta memperlekehkan parti Pas.
Makanya, PKR mengeluarkan topik 'meminda perlembagaan PKR' dengan harapan rakyat akan kembali membincangkan hal ehwal PKR. Canggih strategi itu tapi boleh di baca dengan senangnya!
Tapi bagi penulis, yang paling hangat dibincangkan dan akan menjadi bahan jenaka oleh rakyat Malaysia nanti ialah penggunaan istilah 'ranting' untuk menggantikan cawangan dan 'cabang' untuk menggantikan bahagian kononnya PKR tidak mahu lagi mempunyai unsur struktur tradisional atau struktur feudal!
Penulis tersenyum dengan putar belit R. Sivarasa dan ahli jawatankuasa beliau yang 'mampu' memberikan alasan yang tidak munasabah langsung!
Tetapi jika PKR benar-benar dead serious dengan alasan itu, mereka sepatutnya turut menukar istilah 'PARTI' kerana ianya juga istilah tradisional dan feudal!
Oleh kerana PKR menggunakan istilah cabang dan ranting, maka batang (trunk) patut diguna untuk menggantikan struktur terbesar di dalam PKR, contohnya, perkataan 'parti' itu sendiri.
Barulah dikatakan lengkap usaha PKR untuk 'jauh daripada struktur tradisional dan feudal'!
Maka, mulai daripada hari ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan ditukar kepada Batang Keadilan Rakyat (BKR)!
Anwar Ibrahim pastinya orang yang pertama yang bersetuju jika ayat 'batang' digunakan.
Hidup Batang Keadilan Rakyat (BKR) !
How to Expand Your Business with UCaaS
3 years ago


No comments:
Post a Comment