Berniaga Bersama Ketua Pemuda UMNO Pinggiran Subang


Saturday, June 27, 2009

Mintalah Ampun.....

Nik Aziz perlu minta ampun: Muhyiddin

MUAR: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, tidak perlu minta maaf kepada Umno sebaliknya memohon ampun pada Tuhan kerana kenyataannya menyamakan Umno dengan Ayah Pin dan komunis.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebagai ulama yang disegani, Nik Aziz harus sedar perbuatan itu adalah dosa tetapi terpulang kepada Mursyidul Am Pas itu untuk memastikan sama ada ia dosa besar atau kecil.

Wahai... Ulamak Pas... Molek-molek ler... menyusun kata... janganler umpamakan semua orang UMNO ngan ayah pin, umpamakan oreng ngan komunis... ikut sedap mulut mu yo... lepas tu kafir kan oreng UMNO.

Tapi mu... dok berpakat dengan oreng yang beriya-iya nak bawa balik bapok komunis Chin Peng..

Kami oreng UMNO dok pernah menolak agama Allah, ma'sya allah. kami sentiasa mendoakan sesuatu yang baik dengan memohon kepada Allah gar kita orang islam dan orang melayu mahu dari UMNO ataupun Pas sentiasa bersatu dan berpadu membangunkan negara, membangunkan islam membangunkan melayu. Bukan sekaar bercita-cita merampas hak orang melayu.

Ingatlah kita negara kita, tanah negara kita masih lagi tanah Melayu....



Thursday, June 11, 2009

Dari Batang ... Baik Tukar Belakang Keadilan Rakyat... mesti dia geram punya.....

Diadaptasikan dari;
Pemuda UMNO


IsuKeadilan: Lucu! Bila Parti Keadilan Rakyat Bertukar Batang Keadilan Rakyat

Oleh Dr Novandri Hasan Basri


Penulis 'kagum' dengan inisiatif jawatankuasa pindaan perlembagaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh Naib Presidennya, R. Sivarasa yang mahu meminda perlembagaan PKR agar kononnya lebih progresif dan saksama.

Hakikatnya, kita semua tahu PKR sebenarnya cuba menggembar-gemburkan satu topik yang boleh di spin oleh media-media mereka ketika di saat ini rakyat seperti terlupa sekejap tentang PKR dan kita semua sibuk membincangkan 'kerajaan perpaduan', isu yang paling hangat sekarang ini.

Parti PKR terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti terpinggir dan tidak mendapat tempat di dalam perbualan kita sejak beberapa hari ini.

Kita banyak membincangkan pandangan-pandangan dari pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan para intelek. Kita juga mendengar suara-suara sumbang daripada pemimpin-pemimpin DAP yang menuduh serta memperlekehkan parti Pas.

Makanya, PKR mengeluarkan topik 'meminda perlembagaan PKR' dengan harapan rakyat akan kembali membincangkan hal ehwal PKR. Canggih strategi itu tapi boleh di baca dengan senangnya!

Tapi bagi penulis, yang paling hangat dibincangkan dan akan menjadi bahan jenaka oleh rakyat Malaysia nanti ialah penggunaan istilah 'ranting' untuk menggantikan cawangan dan 'cabang' untuk menggantikan bahagian kononnya PKR tidak mahu lagi mempunyai unsur struktur tradisional atau struktur feudal!

Penulis tersenyum dengan putar belit R. Sivarasa dan ahli jawatankuasa beliau yang 'mampu' memberikan alasan yang tidak munasabah langsung!

Tetapi jika PKR benar-benar dead serious dengan alasan itu, mereka sepatutnya turut menukar istilah 'PARTI' kerana ianya juga istilah tradisional dan feudal!

Oleh kerana PKR menggunakan istilah cabang dan ranting, maka batang (trunk) patut diguna untuk menggantikan struktur terbesar di dalam PKR, contohnya, perkataan 'parti' itu sendiri.

Barulah dikatakan lengkap usaha PKR untuk 'jauh daripada struktur tradisional dan feudal'!

Maka, mulai daripada hari ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan ditukar kepada Batang Keadilan Rakyat (BKR)!

Anwar Ibrahim pastinya orang yang pertama yang bersetuju jika ayat 'batang' digunakan.

Hidup Batang Keadilan Rakyat (BKR) !

APA HAL NIE.. TUAN GURU.... KITA KAN ORANG MELAYU, KITAKAN ORANG ISLAM... KENAPA PERPADU DENGAN ROKET LAK... PAS... JANGAN JADI BADUT.. PULAK...

Diadaptasikan Dari:
Utusan Online.


Nik Aziz bidas golongan pertahan cadangan Hadi


Nik Aziz


KOTA BHARU 11 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas golongan dalam parti itu yang terus mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan sambil menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’.

Suara sumbang dari dalam Pas yang menyokong kerajaan perpaduan ini adalah boneka UMNO. Pihak yang sokong perpaduan ini boneka UMNO, terang dan jelas,” tegasnya.

Malah beliau yang sebelum ini lantang menolak idea kerajaan perpaduan sejak ia dicetuskan oleh Abdul Hadi menggambarkan cadangan itu sebagai ilham UMNO sendiri.

“Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu yang sebulat suara menyokong pakatan pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini hari ini.

Hari ini, Dewan Pemuda Pas dilaporkan meminta pemimpin serta ahli-ahli pakatan pembangkang menghormati gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Abdul Hadi.

DAULAT TUAN KU....DAULAT TUANKU...

Diadaptasikan Dari:
Utusan Online.

Jangan pertikai kuasa Agong, Raja Melayu - Sultan Azlan


Oleh ZAINI RABAN
pengarang@utusan.com.my


IPOH 11 Jun - Sebarang gerakan mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menegaskan, perkara yang termaktub dalam kedua-dua perlembagaan itu adalah persetujuan yang dicapai secara bersama ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan.

Titah baginda, ia dicapai dalam semangat memberi dan menerima serta memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum.

''Persetujuan tersebut telah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-raja Melayu.

''Oleh itu, apa juga gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan perkara ini, bukan sahaja melanggar peruntukan asas di dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri malah mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong begitu juga kedaulatan Raja-Raja Melayu," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Wacana Ilmu sempena ulang tahun baginda yang ke-81 di Institut Tadbiran Islam Perak di sini hari ini.

Turut berangkat pada majlis berkenaan ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Sultan Azlan Shah turut memberi peringatan kepada para pemimpin negara bahawa mereka mempunyai tanggung jawab politik dan tanggung jawab kenegaraan.

''Pemimpin di negara ini mempunyai tanggungjawab politik dan kenegaraan untuk menghormati asas-asas yang menjadi tunjang kedaulatan sebuah negara merdeka dan asas-asas yang menjadi akar kepada hubungan kaum yang harmonis iaitu asas-asas yang dipersetujui ketika negara menggubal Perlembagaan Merdeka,'' titah baginda.

Titah Sultan Azlan, penyimpangan daripada semangat asal yang dicapai itu tentunya akan mencetuskan kegelisahan dan mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan.

Pada masa sama, titah baginda, asas-asas persetujuan tersebut jangan sama sekali disalahgunakan di peringkat pelaksanaan sehingga ada kaum yang merasakan diri mereka tertindas.

''Selaras dengan peranan takhta sebagai sumber keadilan, adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemerintah di setiap negeri memastikan bahawa kepentingan-kepentingan kaum lain yang sah dari segi undang-undang turut dilindungi," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah, amalan yang menyimpang daripada prinsip keadilan tidak harus dibenarkan berlaku kerana setiap warganegara yang sah adalah rakyat yang harus diberikan keadilan yang setimpal.

Dalam pada itu, baginda menyuarakan rasa bimbang mengenai perubahan sikap terhadap insan berilmu, cerdik pandai dan profesional yang jumlahnya makin bertambah tetapi tidak mempunyai sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan yang merupakan elemen penting mewujudkan kestabilan.

''Hari ini institusi ilmu tumbuh bercambah tetapi aspek kesopanan dan kesusilaan bagaikan tidak diutamakan lagi. Institusi keluarga, institusi masyarakat dan institusi negara bukan sahaja tidak dihormati malah dipersenda secara terbuka.

''Keadaan ini bagai memperlihatkan berlakunya jurang antara perkembangan institusi ilmu dengan penghayatan ilmu dalam amalan hidup seharian.

''Atau kemungkinan sedang berlakunya satu keadaan tidak seimbang di antara pendekatan menyampai dan menyebarkan ilmu yang terlalu menekankan kepada disiplin pengajian masing-masing hingga alpa kepada komponen kesopanan dan kesusilaan," titah baginda.

Titah baginda, ilmu yang dikuasai tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh boleh meruntuh dan merosakkan tamadun dan nilai-nilai sosial masyarakat setempat.

Justeru, baginda berharap agar komponen kesopanan dan kesusilaan diberikan perhatian dan dianyam dengan bijak oleh setiap insan dan setiap institusi yang terlibat dengan aktiviti keilmuan.

Wednesday, June 10, 2009

Kami Dari UMNO boleh hormati Idea Hj. Hadi... hampa sekutu tak respect ka.....

Di adaptasikan Dari:
Utusan Online.


Hormati idea Abdul Hadi

KUALA LUMPUR 10 Jun – Pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli pakatan pembangkang diminta menghormati idea gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dewan Pemuda Pas berpendirian peluang perlu diberikan sepenuhnya kepada Abdul Hadi untuk memberi penjelasan lanjut dan bukan membahaskannya berdasarkan sentimen dan emosi.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, sebagai seorang yang berilmu dalam bidang agama, mustahil Abdul Hadi akan mengemukakan sesuatu yang bertentangan dengan nas, justeru mereka harus lebih bertenang, bersabar serta tidak mudah melatah apabila membicarakan idea berkenaan.

‘‘Datuk Seri (Abdul Hadi) adalah seorang yang berilmu, berpengalaman dan bukan seorang yang jahil. Beliau merupakan ketua kami dan juga seorang ulama. Beliau berkelayakan untuk melontarkan apa jua idea yang mampu memberi manfaat kepada agama, rakyat dan negara.

‘‘Cetusan idea kerajaan perpaduan ini dibuat secara ilmiah iaitu dengan bersandarkan nas serta dalil di dalam Islam. Mustahil Datuk Seri akan mengemukakan satu idea yang boleh mendatangkan keburukan.

‘‘Sehubungan itu jika hendak dibahas sekalipun ia perlu dilakukan dalam konteks disiplin ilmu yang tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas bantahan beberapa pemimpin dalam pakatan pembangkang berhubung idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Abdul Hadi.

Idea itu pernah dikemukakan sebelum ini tetapi senyap seketika apabila mendapat bantahan pihak-pihak tertentu termasuk daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi ia timbul semula dalam Muktamar Pas Ke-55 yang berakhir Ahad lalu.

Dalam muktamar tersebut Abdul Hadi serta barisan kepimpinan kanan parti komited untuk meneruskan gagasan kerajaan perpaduan kerana ia mampu menyelesaikan banyak masalah dalam negara.

Nasrudin berkata, pemimpin pakatan pembangkang juga harus sedar selama ini Pas sentiasa menyokong setiap idea yang dikemukakan atas semangat setia kawan walaupun ada masanya parti itu tidak bersetuju dengan idea tersebut.

Menjawab satu soalan, Nasrudin mengakui, perbahasan secara emosi dan sentimen peribadi boleh menyebabkan ia dilihat mengikut perspektif yang sempit dan negatif.

‘‘Ini ditambahkan lagi dengan kenyataan yang menyebut, idea kerajaan perpaduan itu sama dengan usaha untuk membawa Pas menyertai UMNO.

“Saya ingin tegaskan di sini, perkara ini tidak akan berlaku dan mustahil berlaku. Tidak akan ada pemimpin dalam Pas akan berbuat demikian.

‘‘Ideologi Pas tidak sama dengan UMNO. Dasar perjuangan parti pun tidak sama tetapi bukan bermaksud kita harus menjauhi diri daripada mereka.

‘‘Kita harus mendekati mereka bagi tujuan dakwah kita selain berusaha untuk menyelesaikan banyak masalah rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata, al-Quran ada menyatakan dengan maksudnya ‘hendaklah kamu bekerjasama dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara jahat dan dosa’, merupakan arahan Allah kepada setiap hamba-Nya supaya menjalinkan kerjasama di dalam perkara yang berasaskan ketaqwaan.

‘‘Arahan ini jelas yang mana Allah menyuruh kita bekerjasama dalam perkara yang mendatangkan kebaikan iaitu dengan meletakkan taqwa sebagai asas dan dalam masa sama Allah melarang kita bekerjasama dalam perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa,” ujarnya.

Kerusi Roda Karpal Singh mula Berasap.....

Di adaptasika dari;
Utusan Online.

Karpal gesa Pas nilai semula kedudukannya

KUALA LUMPUR 10 Jun - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh (gambar) hari ini meminta Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.

Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata, Pas tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang.

Hasrat Pas untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO merupakan penentangan serius terhadap keikhlasan yang diharapkan daripada Pas sebagai komponen pakatan pembangkang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Karpal berkata, Pas sepatutnya sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana hanya mempunyai 24 kerusi di Parlimen berbanding dengan 28 kerusi yang dipegang DAP dan 31 kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Pas sepatutnya tidak bersikap keterlaluan dengan membuat kenyataan, terutamanya melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.

Karpal turut menafikan kenyataan Abdul Hadi bahawa DAP bersetuju dengan cadangan mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO seperti yang dinyatakan secara terbuka oleh Abdul Hadi.

"Hadi memilih untuk mengelirukan bukan sahaja anggota dan pemimpin Pas tetapi juga rakyat. Secara terbuka mengaku telah menipu rakyat tidak akan memberikan kelebihan kepada Hadi," katanya.

Mengenai kritikan Pas terhadap Sisters-In-Islam (SIS), Karpal berkata, tindakan itu tidak akan menjadikan Pas lebih disayangi oleh mereka yang menyokongnya dalam pilihan raya umum Mac lepas dan begitu juga dengan desakan Pas supaya wartawan wanita yang membuat liputan Muktamar Ke-55 parti itu baru-baru ini berpakaian 'sopan'.

Bagaimanapun, pendirian pemimpin Pas bahawa Malaysia akan dijadikan sebagai negara Islam sekiranya parti itu berkuasa, merupakan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang secara spesifik menetapkan Malaysia sebuah negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi, kata Karpal.

Bercintalah..... Dulu... Baru Mesra

Di adaptasikan dari:

Pemuda UMNO.

KetuaPemuda: "Perkahwinan Tergesa-gesa" Pakatan Pembangkang Menuju Kehancuran

Oleh S.A Najmuddin

Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata krisis keyakinan dalam Pakatan Rakyat seperti didedahkan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, menunjukkan pakatan itu 'retak menunggu belah'.


Tegasnya tidak seperti Barisan Nasional (BN), gabungan yang diasaskan melalui 'perkahwinan tergesa-gesa' pada pilihan raya umum lalu boleh 'bercerai' bila-bila masa, sebaik ahli pakatan pembangkang itu bosan dengan kerenah pemimpin mereka.

"Krisis dalam pakatan pembangkang berlaku kerana gabungan itu diasaskan hanya untuk mencapai matlamat politik sempit dan bukannya berasas ideologi sama.

"Sebab itu tiada persetujuan mengenai Kabinet bayangan Pakatan Rakyat, walaupun mereka uar-uarkan untuk menubuhkan Kerajaan Pusat", katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi keadaan ini berlaku kerana pemimpin parti terbabit mahu berebut jawatan, termasuk jawatan Perdana Menteri.

"Dalam muktamar Pas baru-baru ini, diberi gambaran yang Pakatan Rakyat akan diterajui pemimpin Pas dan ini bercanggah dengan kehendak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," ujarnya.

Beliau mengulas pengakuan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya, kelmarin yang Pakatan Rakyat sedang mengalami krisis keyakinan sejak pilihan raya umum lalu, berikutan tindakan Pas yang mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Lim dalam blognya berkata, krisis keyakinan itu berpunca daripada sikap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersungguh-sungguh mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan BN.

Dia Dah Berani Langgar Orang Kita di dalam Rumah Kita.

Di adaptasikan Dari:

Utusan Online

Ditembak dalam masjid


KEJAM...Waris dan penduduk kampung melihat jenazah ahli keluarga yang ditembak mati ketika berjemaah solat isyak di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan di selatan Thailand, kelmarin. – UTUSAN/HAFIZ JOHARI


SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.

Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.

Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.

‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.

‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.

‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.

Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.

Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.

‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.

‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.

‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.

Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.

Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.

Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.

Tuesday, June 9, 2009

Islam UMNO/PAS bersatu....DAP naik hantu.....

Diadaptasikan dari:
UMNO Online

Kerajaan Perpaduan, Sekutu Tak Setuju

Jun 9th, 2009 | By administrator | Category: Berita Utama

kerajaan-perpaduan-guan-eng-haji-hadiKUALA LUMPUR, 9 Jun – Nampaknya ada pihak yang seakan tidak senang dengan perkembangan semasa khususnya berkaitan cadangan untuk jalinan kerjasama bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS.

Kenyataan demi kenyataan berhubung dengan idea Presiden PAS, Hadi Awang dalam taklimatnya minggu lalu mengenai pembentukan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO bagi menyelesaikan masalah negara.

Perkembangan positif tersebut bukan sahaja disambut baik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya kalangan pemimpin dalam UMNO dan BN sendiri melahirkan kegembiraan.

Namun sebaliknya berlaku di kalangan sekutu pakatan campuran yang mula terasa bahang panas ekoran daripada perkembangan dan sambutan baik antara dua parti tersebut.

Ini jelas ditunjukkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang nyata tidak dapat menyembunyikan rasa tidak senang hati terhadap isu kerajaan perpaduan.

Malah dilaporkan juga bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu secara terbuka telah menafikan kenyataan Presiden Pas yang mengatakan ada memberi penjelasan kepada pimpinan pakatan pembangkang mengenainya.

Kemarahan Guan Eng terluah sendiri dengan anggapan ke atas Hadi sebagai orang kuat beragama bukan saja perlu menjawab pada DAP dan pakatan pembangkang tetapi juga pada Tuhan.

Guan Eng berkata PAS tidak memberitahu apa-apa kepada mereka mengenai hal itu.

Dah tahu... dah.. Pendirian mereka memang tak tetap...

Di adaptasikan dari:

Berita Harian Online

Pas perlu perhalusi cadangan kerajaan perpaduan: TPM

PUTRAJAYA: Cadangan Pas supaya kerajaan perpaduan diwujudkan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) perlu dihalusi semula kerana ia mendapat reaksi yang bercanggah daripada parti pembangkang yang lain.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata adalah lebih wajar sekiranya PAS mempunyai pendirian yang tetap berhubung saranan berkenaan memandangkan ia membabitkan kepentingan negara secara total.

Katanya, aspek penubuhan negara bukan sesuatu yang enteng justeru pandangan semua pihak termasuk parti pembangkang yang lain perlu diambil kira.


"Adalah lebih baik sekiranya pihak yang menyuarakan idea ini tahu apa yang mereka mahukan kerana ia bukan perkara yang mudah. Ia membabitkan kepentingan negara dan perlu juga mengambil kira pandangan daripada parti-parti pembangkang yang lain," katanya.


Beliau mengulas reaksi berbeza parti pembangkang berhubung saranan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, supaya kerajaan perpaduan antara pembangkang dan BN ditubuhkan bagi menyelesaikan segala kemelut politik yang melanda negara.

Muhyiddin berkata, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa kerajaan BN menerima dengan terbuka saranan itu adalah simbol kepada ketelusan dan kesediaan BN untuk membincangkan perkara itu dengan terperinci.

"Kita bersedia untuk berbincang dan bersikap terbuka tetapi kami dimaklumkan bahawa berlaku percanggahan pendapat antara pakatan pembangkang.

"DAP berkata mereka tidak dimaklumkan mengenai perkara ini manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula tidak bersetuju. Saya tidak pasti sama ada ini cuma idea Pas atau pakatan pembangkang secara keseluruhan. Bagaimana kita nak teruskan dengan agenda seterusnya jika mereka sendiri tidak sependapat," katanya.

Seburuk-buruk orang UMNO... kita masih bersaudara...

Diadaptasikan dari:

Utusan Online.

Pemuda sifatkan Hadi berpandangan jauh

KUALA TERENGGANU 8 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin berpandangan jauh kerana tidak menutup pintu rundingan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas.

Ketuanya, Saiful Bahri Baharuddin berkata, sikap Abdul Hadi itu menunjukkan beliau mengutamakan kestabilan politik negara serta pengukuhan orang Melayu di negara ini.

Menurutnya, Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang mempunyai pandangan sama dengan Abdul Hadi mempunyai semangat toleransi dalam mewujudkan kestabilan politik dengan menarik anggota parti itu ke arah pengukuhan ummah.

''Pemuda UMNO Terengganu mengalu-alukan sebarang perbincangan di antara pucuk pimpinan kedua-dua parti," katanya dalam kenyataan yang dikirimkan melalui khidmat pesanan ringkas di sini hari ini.

Menurut Saiful Bahri, sudah sampai masanya pemimpin kedua-dua parti duduk semeja untuk mencipta kestabilan dan kemakmuran negara.

Katanya, mereka yang menolak usaha pembentukan kerjasama di antara UMNO-Pas mempunyai agenda politik peribadi yang tersirat dan sempit.

Beliau berkata, tindakan mereka yang menolak usaha itu bertentangan dengan kehendak rakyat yang mahukan kemakmuran negara berkekalan.

''Rakyat juga mempunyai hasrat yang sama untuk melihat perpaduan dan kestabilan politik negara," ujarnya.

Menurutnya, pemimpin parti perlu menterjemahkan amanah yang diberikan ke arah kebaikan, bukannya terlalu banyak berpolitik sehingga memberi kesan kepada rakyat dan negara.

Ini kerana jelasnya, negara terpaksa berhadapan dengan banyak ancaman dari luar serta musuh Islam yang ingin melihat keruntuhan masyarakat di negara ini.

Justeru tegasnya, adalah penting semua pemimpin mengambil pendirian bersama untuk mencipta perpaduan demi kebaikan rakyat dan negara.

Macamana nak duk semeja... order lain-lain....

Di adaptasikan dari:

Utusan Online.

Perlu duduk semeja - Seng Giaw

KUALA LUMPUR 8 Jun - Semua parti pembangkang diminta duduk semeja bagi membincangkan idea pembentukan kerajaan perpaduan sebelum ia diterima sebagai salah satu usaha untuk menyelesaikan masalah negara.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, perbincangan itu penting untuk memperincikan ciri-ciri kerajaan perpaduan yang dicadangkan tersebut.

"Konsep kerajaan perpaduan harus diteliti dari sudut hubungan antara parti politik di negara ini selain manfaat daripadanya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO bagi menyelesaikan masalah negara.

Abdul Hadi menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 kelmarin.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua enggan mengulas lanjut berhubung pembentukan kerajaan perpaduan yang dicadang Pas.

Mereka Sengaja Mengaburkan Sejarah.....

Di adaptasikan Dari:

Utusan Online.

Kabur sejarah: Pemimpin BN perlu latihan

BANGI 8 Jun - Kekaburan tentang sejarah Malaysia di kalangan segelintir pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) menyebabkan mereka tergamak mempolitikkan fakta hingga menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya elemen sejarah diterapkan kepada semua pucuk pimpinan BN termasuk UMNO agar fakta sejarah tidak dipolitikkan.

"Saya fikir sudah tiba masanya kita menyediakan satu bentuk latihan dengan menerapkan elemen baru bagi mendidik pemimpin BN mengenai sejarah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai segelintir pemimpin komponen BN yang tidak senang dengan teguran berlandaskan sejarah seperti mana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia melalui kolum Awang Selamat.

Baru-baru ini, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mahu Awang Selamat dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan kerana kolumnis itu menyiarkan semula kenyataan mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T. Sambanthan mengenai fakta sejarah kaum di Malaysia.

Sedangkan bahan sejarah mengenai kaum itu dinyatakan sendiri oleh kedua-dua tokoh bukan Melayu berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai gesaannya itu, Ahmad Zahid memberitahu, penerapan elemen sejarah akan memberi lebih penghayatan kepada pemimpin BN mengenai semangat perpaduan.

"Elemen sejarah menjadikan pemimpin BN bersifat lebih pragmatik dalam menghargai keharmonian yang dikecapi hari ini," jelasnya.

Ditanya mengenai tindakan Pas yang sebulat suara meluluskan usul mendesak kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja bagi menyiasat kerajaan Perak yang kini ditadbir oleh BN, Ahmad Zahid menegaskan kerenah tersebut tidak perlu dilayan.

Katanya, BN akan memerintah Perak seperti biasa kerana apa yang penting ialah usaha mengubah persepsi masyarakat terhadap kerajaan.

"Jika mereka yakin sangat mendapat sokongan rakyat, tunggulah sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Pesan saya kepada Pas dan pakatan pembangkang, terimalah hakikat mereka telah hilang sokongan majoriti (di Perak)," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut bersetuju barisan kepimpinan BN diingatkan semula tentang fakta sejarah terutama kalangan pemimpin muda.

Katanya, kegagalan menghayati fakta sejarah menyebabkan segelintir pemimpin sanggup mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan realiti seolah-olah cuba menidakkan apa yang telah berlaku.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan sehubungan itu mahu kursus kesedaran sejarah diadakan di kalangan pemimpin-pemimpin BN supaya mereka tahu dan sedar tentang fakta sejarah.

''Kesedaran seperti ini penting bagi memastikan setiap pemimpin BN berhati-hati dan berfikir secara rasional sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,'' katanya hari ini.

Anggap aje depa (pembangkang) tu.... macam cermin... kat dalam .....

Di adaptasikan dari:

Harian Metro.

Pembangkang adalah 'cermin': Dr M

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai "cermin" kepada kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada penutupan Muktamar PAS ke-55 di sini Ahad lalu, bagi penubuhan kerajaan perpaduan.

"Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena ada pembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata idea kerajaan perpaduan yang dimaksudkan Abdul Hadi juga tidak jelas, sama ada ia dilakukan di antara PAS dan Umno atau Barisan Nasional (BN) dengan pakatan pembangkang.

DAP dah mula mengelabah....... Dah... mula sangsi...

Du adaptasikan dari:
Sinar Harian


Kerajaan perpaduan: DAP minta penjelasan Abdul Hadi


GEORGETOWN - DAP akan meminta penjelasan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung cadangannya menubuhkan kerajaan perpaduan pada Muktamar Pas, Jumaat lalu.:

:Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, perkara ini tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) dan tiada parti dalam PR yang menyatakan persetujuan terhadap cadangan ini kecuali Pas.

:Menurutnya, perkara ini dijangka dibincangkan dalam perjumpaan bersama pemimpin PR pada persidangan Parlimen minggu depan.:

:“Saya ingin menegaskan DAP tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara ini dan Pas juga tidak pernah membawa perkara ini ke Majlis Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi PR.

:“Saya tidak tahu sama ada kenyataan beliau telah disalah tafsir oleh media tetapi sebagai seorang pemimpin yang arif tentang agama, jika beliau menyatakan DAP telah bersetuju dengan cadangan Pas, beliau bukan sahaja harus menjawab kepada DAP tetapi juga kepada tuhan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

:Guan Eng berkata, beliau sendiri tidak tahu apa yang cuba dibangkitkan oleh Abdul Hadi mengenai kerajaan perpaduan ini, malah isu berkenaan turut menyebabkan masalah dalaman Pas.

:“Pas sahaja dalam PR yang masih berpegang pada cadangan kerajaan perpaduan ini,” katanya.

:Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Pas Ke-55 minggu lalu menggesa supaya kerajaan perpaduan dibentuk bagi menyelesaikan masalah dalam negara secara menyeluruh.

:Bagaimanapun, saranannya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan itu bukan saja dipertikaikan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malahan bekas pemimpin kanan parti itu sendiri.

Monday, June 8, 2009

Tolak Kerajaan Perpaduan : Siapa Lebih Kafir…UMNO Atau DAP?

Di adaptasikan dari:

Web Pemuda UMNO.

Kota Bharu -- Pemuda UMNO hairan dengan sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menolak idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang.

Pengerusi Biro Agama, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Hj Afandi Yusof berkata Nik Aziz sepatutnya menyokong idea tersebut sekiranya beliau benar-benar berjuang untuk Islam, Allah dan rasul.

Tegasnya tidak ada apa salah dan cacat celanya jika orang Melayu Islam di negara ini bersatu dalam satu nada dan wajah demi kepentingan bersama.

Menurutnya keengganan Nik Aziz itu menggambarkan beliau sebenarnya telah tersepit selain cuba menunjukkan taring dengan membuat tuduhan bahawa UMNO "samseng politik" dan sebagainya.

"Nik Aziz perlu sedar dan insaf, manakah yang lebih baik antara UMNO dan DAP/PKR. Adakah UMNO lebih kafir atau lebih sekular daripada DAP, sehingga Pas sanggup menolak idea tersebut?

"Nik Aziz perlu akui, bahawa semua usaha pembangunan Islam, usaha mengangkat martabat ummah di negara ini telah dibuat UMNO dan BN bukan DAP", katanya di sini, hari ini

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kerajaan perpaduan yang diutarakan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Nik Aziz penubuhan kerajaan perpaduan itu sebagai mengarut dan merugikan Pas.

Beliau turut mendakwa UMNO sebagai samseng politik serta diibaratkan sebagai telur-telur yang ditinggalkan penjajah.

Afandi yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kelantan seterusnya berkata Nik Aziz tidak sepatutnya menuduh UMNO sebagai warisan penjajah.

"Isu itu tidak lagi relevan sekarang, dulu Pas kata UMNO kafir kerana tidak melaksanakan hudud, mengekalkan perlembagaan jahiliyah, UMNO sekular dan sebagainya. Tetapi kini semua tuduhan itu telah terpalit ke muka mereka sendiri", ujarnya.

Tegas beliau lagi sekiranya benar isu, hujah dan tuduhan Pas bahawa UMNO kafir kerana berkongsi kuasa dengan kafir, maka Pas juga hari ini telah termasuk dalam golongan tersebut kerana berkongsi kuasa dengan DAP.

"Nik Aziz tolak perpaduan dengan UMNO, ibarat Pas tolak syariat dan tolak Islam. Tiada sebarang hujah yang membenarkan Pas berkongsi kuasa dengan DAP atas dasar Islam. UMNO lebih utama untuk dijadikan sahabat.

"Dan saya secara peribadi menyokong gagasan mulia Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana usaha perpaduan seumpama ini patut disokong semua umat Islam di negara ini", ujarnya.



Sunday, June 7, 2009

Please... don't just talk only your sensitif... but think's about our muslim sensitif... and don't ever-ever touch our sensitive.

Diadapatasikan Dari:
Sinar Harian

Sensitif isu sentuh masyarakat bukan Islam


SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Pas Pusat, Vincent Lee berkata, mereka menyambut baik cadangan untuk menjadikan kelab itu sebagai sayap Pas.

Dalam masa yang sama beliau mengingatkan barisan kepimpinan Pas lebih sensitif terhadap isu yang menyentuh masyarakat bukan Islam kerana ia boleh dijadikan senjata UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk memusnahkan parti iu.

Lee juga berkata, pilihan raya umum ke-13 adalah medan yang akan menentukan hidup atau matinya UMNO dan BN.

“Maka sudah tentu mereka akan melakukan apa sahaja, sama ada halal atau haram, bukan lagi perkara yang penting bagi mereka,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan wakil rakyat Pas supaya lebih kerap turun padang bertemu rakyat kerana telah ada rungutan bahawa mereka sukar ditemui.

“Kalaulah keadaan ini berterusan, sudah tentu rakyat akan pilih cara terbaik untuk menyenangkan mereka, iaitu tidak lagi mengundi mereka,” katanya.

Gena Mu.. Bulih ... tak bulih....bulih....

Diadaptasikan dari:
Sinar Harian


Pas celaru


Kerajaan perpaduan mengarut: Nik Aziz

UMNO didakwa 'samseng politik', diibarat sebagai telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan itu sebagai ‘mengarut’ dan merugikan Pas.
“Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar Pas yang lalu. Kalau nak berunding dengan UMNO, tak usah.
“Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut,” katanya ketika berucap dalam program Ceramah Perdana sempena muktamar Pas di Stadium Malawati di Shah Alam, malam kelmarin.

Kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu dilihat bercanggah dengan Abdul Hadi yang melihat idea itu merupakan satu pendekatan yang baik dan mampu dilaksanakan namun ia perlu ditangguhkan atas alasan perubahan kepimpinanan Bari­san Nasional (BN).

Sambil menyifatkan UMNO sebagai 'samseng politik', Nik Aziz turut mengingatkan ahli Pas supaya parti itu terus dimusuhi dan dibasmi dengan bersunggih sungguh.

“Otak UMNO (ada) di Perak, kerajaan PR yang menang dia ambil menjadi kerajaan dia.(Jadi) kita perlu matikan UMNO habis-habisan, parti itu adalah telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris, “ katanya.

Nik Aziz turut menegur sesetengah perwakilan kelmarin yang dilihat banyak membahaskan usul diluar konteks ucapan dasar presiden.
“Saya sempat dengar dua tiga orang berucap, (ibarat)ini restoran, kalau kita masuk restoran (sepatutnya) kita minta makanan dan minuman. tetapi kita minta minyak silinder, kita hendak betulkan tayar motokar. Ini pelik, orang ketawakan kita apabila kita bercakap benda lain di dalam muktamar ini,” katanya.

Selain itu Nik Aziz berkata beliau turut membantah sebarang usaha sama atau rundingan bersama UMNO yang bermatlamat untuk membincangkan mengenai perkongsian kuasa.

Jangan tutup pintu kepada ruang perbincangan: Hadi

Di adaptasikan dari:
Sinar Harian.

SHAH ALAM - Pas tidak boleh menutup terus pintu kepada ruang perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk UMNO kerana ia bercanggah dengan perintah Allah, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Jangan tutup pintu langsung kerana ia bercanggah dengan perintah Allah Taala,” katanya pada ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas kali ke-55 di Stadium Malawati, di sini, semalam.

Beliau berkata, walaupun Pas tidak mahu menumpang bahtera Barisan Nasional (BN) atau bahtera-bahtera orang lain, Pas perlu mengadakan persefahaman dengan pelbagai pihak berhubung isu-isu tertentu.

“Kita wajib menyelamatkan orang lain yang tenggelam dengan kejahilan atau yang tidak tahu menyelamatkan diri ketika menghadapi sesuatu krisis,” katanya.

Abdul Hadi berkata, anggota dan barisan kepimpinan Pas perlu tahu membezakan jenis musuh yang mereka hadapi.
“Musuh ada dua jenis iaitu musuh sebenar dan musuh yang direka dan dicipta. Jangan kita habiskan masa menghadapi musuh yang
direka dan dicipta sehingga melupakan musuh sebenar kita. Ada juga yang bermusuh dengan kita sebab mereka tidak faham,” katanya.
Justeru, katanya, Pas mesti bertemu dengan semua pihak dan tidak boleh sekadar mengedar risalah berkaitan perjuangan parti itu.

Islam juga, katanya, mengutamakan perdamaian memandangkan matlamatnya adalah untuk menyelamatkan umat manusia walaupun dibenar berperang jika langsung tidak diberi ruang kerana Allah sesekali tidak mengizinkan umat Islam menyerah kalah.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata untuk melakukan perkara ini memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang sangat besar.
“Ini hanya boleh dilakukan orang yang besar jiwanya saja,” katanya.

Muktamar Pas kali ini juga, katanya, membuka ruang kepada media supaya mereka boleh melihat sendiri suasana dan apa yang berlaku dalam parti itu dan menyalurkannya kepada masyarakat.

Friday, June 5, 2009

Pakatan bertelagah

Di adaptasikan dari:
bhnews@bharian.com.my

  • PKR boikot pelantikan Yang Dipertua MPSP

  • DAP mahu lapan Ahli Majlis dari PKR undur

    BUTTERWORTH: Pakatan Rakyat Pulau Pinang kembali goyah apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP semalam bertelagah berhubung pelantikan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) yang baru, Mokhtar Mohd Jait.
    Bibit pertelagahan terbaru itu bermula apabila lapan Ahli Majlis MPSP dari PKR memboikot upacara angkat sumpah Mokhtar yang turut disaksikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, kerana mendakwa kerajaan negeri membuat pelantikan itu tanpa berunding dengan PKR.


    Ketua Wip MPSP dari PKR, Johari Kassim, juga mendakwa Lim menggunakan Timbalan Ketua Menteri (TKM) 1 yang baru, Mansor Othman, untuk mengumumkan pelantikan Mokhtar kelmarin, sebagai ‘helah’ melepaskan diri daripada persetujuan awal bagi menyerahkan jawatan berkenaan kepada PKR.

    Sebelum ini, pergeseran turut tercetus antara DAP dan PKR berhubung isu peletakan jawatan bekas TKM1, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti.

    Bagaimanapun, isu itu reda selepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memohon maaf kepada Lim berhubung kegagalannya memaklumkan peletakan jawatan Mohammad Fairus.

    Dalam episod baru pergeseran kedua-dua parti itu pula, Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Ooi Chuan Aun, mahu lapan ahli majlis terbabit meletak jawatan dalam tempoh 24 jam.

    Ooi yang juga Ketua Staff kerajaan negeri menegaskan, beliau akan membuat memorandum kolektif dari semua ahli majlis mewakili DAP untuk merujuk tindakan lapan ahli majlis berkenaan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

    "Kegagalan lapan ahli majlis dari PKR itu menghadiri upacara berkenaan boleh menyebabkan mereka dihadapkan untuk siasatan atau lembaga disiplin," katanya dalam satu kenyataan di sini.

    Pada upacara angkat sumpah Mokhtar di Dewan Kenanga, Bangunan MPSP, kira-kira jam 9 pagi semalam, hanya seorang daripada sembilan ahli majlis dari PKR hadir. MPSP mempunyai 24 ahli majlis - 10 DAP, sembilan PKR, dua Pas dan tiga dari badan bukan kerajaan.

    Lim dalam sidang akhbarnya selepas majlis itu menegaskan, keputusan pelantikan Mokhtar dipersetujui Exco negeri dan meminta ahli majlis dari PKR itu supaya tidak berlagak seperti Exco.

    "Ini keputusan exco dan pelantikan itu telah diumumkan oleh TKM1. Mansor yang umumkan perkara ini, macam mana ada masalah pula. Saya minta Mansor selesaikan perkara ini secara dalaman,” katanya mengelak daripada menjawab pertanyaan wartawan.

    Mansor yang turut hadir pada sidang akhbar berkenaan berkata, beliau akan merujuk perkara itu kepada Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim supaya siasatan lanjut dapat diadakan.

    "Saya nampak juga ada kekosongan (tempat duduk) dan ada beberapa ahli majlis daripada PKR yang tidak hadir. Saya akan hubungi Pengerusi PKR Negeri untuk minta dia siasat," katanya.

    Johari yang ditemui pemberita sebelum itu berkata, pihaknya memboikot upacara berkenaan kerana membantah tindakan kerajaan negeri melantik YDP dari kalangan kakitangan awam tanpa berunding dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

    Beliau berkata, Pakatan Rakyat sebelum ini sepakat melantik ahli politik sebagai YDP majlis perbandaran sehingga pilihan raya tempatan menjadi kenyataan.

    Ketika dihubungi Bernama pula, Johari berkata setahunya Lim tidak memanggil PKR dan Pas untuk berunding, walaupun sudah ada persetujuan di peringkat kepimpinan parti gabungan itu bahawa jawatan YDP MPSP diserahkan kepada PKR.

    Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKR Pulau Pinang mendakwa pengumuman yang dibuat Mansor mengenai pelantikan Mokhtar adalah satu helah Lim untuk melepaskan diri daripada persetujuan awal yang dicapai sebelum ini.

    "Ini permainan politik Lim dan keputusan mengenai pelantikan itu telah dibuat sebulan yang lalu dan sebaik menjawat jawatan sebagai TKM1, Mansor diminta mengumumkan keputusan berkenaan. Ia seolah-olah satu perangkap kepada Mansor dan PKR," katanya.

    Johari berkata, pada peringkat awal dulu, PKR mencadangkan Mansor sebagai YDP MPSP, tetapi berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai TKM1 dan Adun Penanti, Mansor mengambil alih jawatan TKM1 selepas memenangi DUN Penanti pada pilihan raya kecil 31 Mei lalu.

    Katanya, beliau berani bertanggungjawab terhadap perbuatan serta kenyataannya itu dan menyerahkan kepada parti untuk menentukan kedudukannya sebagai Ahli Majlis selepas ini.

    Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah, mempersalahkan PKR dan Lim berhubung krisis terbaru itu.

    “PKR mempunyai masalah dalaman yang perlu diselesaikan segera. Masalah dalaman parti itu berpunca daripada soal kroni. Mungkin pelantikan itu tidak memenuhi keinginan pihak tertentu.

    “Lim juga harus dipersalahkan kerana tidak berbincang dengan PKR dan Pas berhubung pelantikan itu. Soal pengagihan jawatan dalam kerajaan negeri sepatutnya dibincangkan terlebih dulu kerana kita adalah kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

    Mohd Yusni yang ditemui Berita Harian di Muktamar Dewan Pemuda Pas di Taman Melewar, Selangor, berkata beliau juga kecewa dengan Lim kerana sehingga kini permintaannya untuk bertemu dengan Ketua Menteri itu tidak dilayan.

    Mengulas krisis terbaru PKR-DAP itu, Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata konsep 'pakatan' tidak wujud dalam kerajaan Pulau Pinang, sebaliknya dikuasai sepenuhnya oleh DAP yang memanipulasi PKR dan Pas.

    "Guan Eng menjadikan dirinya sebagai raja. Bukan (Karpal) Singh menjadi raja tapi Lim Guan Eng," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian peralatan elektrik golongan miskin di Pusat Khidmat Penaga.

    "Penyokong PKR dan Pas tentu dapat melihat bagaimana pemimpin mereka dipermainkan oleh kelicikan pemimpin DAP, terutama Guan Eng," katanya.

    Azhar berkata, kerajaan Pakatan Rakyat juga tidak mempedulikan nasib penduduk luar bandar, sebaliknya lebih mengutamakan masalah dan kebajikan rakyat di kawasan bandar yang majoritinya penyokong DAP.

  • Jangan perlekeh perjuangan UMNO


    Di adaptasikan dari:
    Sinar Harian.


    SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan pihak tertentu yang memperlekehkan perjuangan UMNO dan orang Melayu dalam usaha mencapai kemerdekaan.

    Beliau berkata, berdasarkan kesedaran dan kepercayaan orang Melayu, UMNO telah ditubuhkan untuk menentang penjajahan British.

    “Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM) sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh kerana mereka cenderung ke kiri.

    “Begitu juga Parti Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM tetapi mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh komunis,” katanya.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kononnya orang yang pertama memperjuangkan kemerdekaan ialah Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya dalam blognya.

    Dr Mahathir berkata, orang Melayu sebenarnya tidak percaya pemberontakan bersenjata akan berkesan kerana sekiranya menang sekali pun negara sudah rosak teruk kerana peperangan.

    "Pendekatan orang Melayu dan UMNO mengambil kira kemampuan mereka, mungkin perjuangan UMNO tidak gah seperti perjuangan kemerdekaan bersenjata di negara-negara lain, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO lebih bermakna kerana Malaysia dapat menegak pendirian sendiri dan mengecam kuasa besar di dunia apabila mereka membuat kesalahan,” katanya.

    Menurutnya, UMNO sebenarnya sebuah parti yang memperjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

    “Chin Peng berjuang untuk mendirikan pemerintahan diktator komunis dan bukan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British.

    “Komunis pimpinan Chin Peng terdiri daripada kaum Cina dan Melayu, yang akan ada dalam pemerintahan komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang,” katanya.

    Beliau berkata, jika ini berlaku tidak mustahil bangsa dan bahasa Melayu lambat laun akan terhapus.

    Thursday, June 4, 2009

    Pindaan Tarikh Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Pinggiran Subang.

    Salam,

    Selaku Ketua UMNO Cawangan Pinggiran Subang, kami berhasrat untuk membuat pindaan tarikh Persidangan Tahunan Cawangan 2009.

    Mengikut jadual asal persidangan tersebut yang telah di tetapkan oleh pihak UMNO Bahagian yang jatuh pada 14hb Jun 2009. Atas pandangan Ahli-ahli Jawatankuasa, dan memandangkan tarikh tersebut adalah hari terakhir percutian kanak-kanak bersekolah, yang mana kebanyakan ahli keluarga yang baru saja pulang dari bercuti di kampung atau kemana-mana dan mungkin masih dalam kepenatan bercuti.

    Dan tanpa menjadikan persidangan tersebut sebagai bebanan kepada ahli-ahli. maka kami Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Pinggiran Subang berhasrat meminda tarikh Persidangan Tahunan Cawangan UMNO Pinggiran Subang kepada 20hb Jun 2009 pada jam 2045 malam.

    Semoga dengan pindaan tarikh tersebut dapat menggalakkan lagi semua ahli-ahli UMNO Cawangan Pinggiran Subang ini untuk turut sama hadir di hari persidangan tersebut. Kerjasama dan sokongan dari semua ahli adalah di sanjung tinggi.

    Sekian, Wassalam

    UMNO tidak kempen guna khutbah Jumaat

    Di adaptasikan Dari:
    Sinar Harian.


    MANEK URAI - Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, beliau tidak akan menggunakan khutbah Jumaat sebagai medan untuk berkempen bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

    Menurutnya, daripada menggunakan kaedah itu, adalah lebih baik berkomunikasi terus dengan pengundi.

    ”Pada saya, lebih baik kita bertemu pengundi walau di mana sama ada di warung, kebun, surau, kedai kopi atau di jalanan. Itu saya rasa lebih sesuai dalam konteks pilihan raya kecil ini.

    ”Saya pergi solat Subuh serta Maghrib di masjid dan di antara Maghrib dan Isyak, juga selepas Subuh, ada yang cadangkan supaya saya sampaikan tazkirah tetapi saya kata, tak perlu buat demikian,” katanya pada sidang media sempena lawatan ke Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Chuchuh Puteri, semalam.

    Ahmad berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membenarkan khutbah Jumaat digunakan untuk berkempen sempena pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

    Ditanya kemungkinan pandangannya itu membuktikan UMNO mengasingkan agama dan politik seperti didakwa Pas, Ahmad berkata, jika dengan tidak berkhutbah mengenai parti dalam masjid yang dibina Barisan Nasional (BN) dikatakan sebagai satu pengasingan agama dan politik, ianya tidak tepat.

    Sementara itu, Ahmad yang bermalam di rumah bekas Ketua UMNO Cawangan Chuchuh Puteri B, Yaacob Mamat melawat dua rumah penduduk berhampiran Masjid ‘Bustanul Arifin’ Mukim Chuchuh Puteri, dekat sini.

    Wednesday, June 3, 2009

    JASA MU SENTIASA DI KENANG.

    Al - Fatihah....

    Kami UMNO Cawangan Pinggiran Subang ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Saudara Marzuki ahli UMNO Cawangan Subang Perdana (Cawangan Saudara Hattam) atas pemergian beliau. Semoga roh beliau di tempakan ALLAH, di tempat orang-orang yang terlebih dahulu menikmati nikmat Nya dan di rahmati ALLAH selalu.

    Jasa dan kebaikan beliau menjadi ingatan kami, dan kami simpankan dalam kenangan.....

    Amin..

    MELAYU DIKHIANATI........

    Di adaptasikan dari:

    Utusan Melayu

    31 Mei 09


    Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

    ''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

    Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.

    Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

    "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

    Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

    Tuesday, June 2, 2009

    Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan dirasmikan serentak

    Diadaptasikan dari:

    May 26, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
    Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

    Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara telahpun bermula sejak 15 Mei yang lalu dan akan berakhir pada 30 Jun 2009 ini nanti.

    Bagi UMNO Bahagian Subang, persidangan tahunan UMNO Cawangan hanya akan bermula pada 30 Mei 2009.

    Sehubungan dengan itu, satu majlis perasmian secara serentak untuk persidangan tahunan cawangan-cawangan UMNO di Bahagian Subang ini telah diadakan pada 24 Mei 2009 bertempat di The Club @ Bukit Utama, Bandar Utama bermula dari jam 8.30 malam.

    Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Subang merangkap ADUN Paya Jaras, Y.B. Dato’ Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor.

    Sebelum majlis perasmian dimulakan, hadirin dihidangkan dengan tayangan istimewa selama 25 minit berkenaan pendedahan sebenar kekecohan yang berlaku semasa persidangan DUN Perak, 7 Mei yang lalu.