UMNO Online
Kerajaan Perpaduan, Sekutu Tak Setuju
Jun 9th, 2009 | By administrator | Category: Berita Utama
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Nampaknya ada pihak yang seakan tidak senang dengan perkembangan semasa khususnya berkaitan cadangan untuk jalinan kerjasama bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS.
Kenyataan demi kenyataan berhubung dengan idea Presiden PAS, Hadi Awang dalam taklimatnya minggu lalu mengenai pembentukan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO bagi menyelesaikan masalah negara.
Perkembangan positif tersebut bukan sahaja disambut baik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya kalangan pemimpin dalam UMNO dan BN sendiri melahirkan kegembiraan.
Namun sebaliknya berlaku di kalangan sekutu pakatan campuran yang mula terasa bahang panas ekoran daripada perkembangan dan sambutan baik antara dua parti tersebut.
Ini jelas ditunjukkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang nyata tidak dapat menyembunyikan rasa tidak senang hati terhadap isu kerajaan perpaduan.
Malah dilaporkan juga bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu secara terbuka telah menafikan kenyataan Presiden Pas yang mengatakan ada memberi penjelasan kepada pimpinan pakatan pembangkang mengenainya.
Kemarahan Guan Eng terluah sendiri dengan anggapan ke atas Hadi sebagai orang kuat beragama bukan saja perlu menjawab pada DAP dan pakatan pembangkang tetapi juga pada Tuhan.
Guan Eng berkata PAS tidak memberitahu apa-apa kepada mereka mengenai hal itu.


No comments:
Post a Comment