Sinar Harian.

Menurutnya, daripada menggunakan kaedah itu, adalah lebih baik berkomunikasi terus dengan pengundi.
”Pada saya, lebih baik kita bertemu pengundi walau di mana sama ada di warung, kebun, surau, kedai kopi atau di jalanan. Itu saya rasa lebih sesuai dalam konteks pilihan raya kecil ini.
”Saya pergi solat Subuh serta Maghrib di masjid dan di antara Maghrib dan Isyak, juga selepas Subuh, ada yang cadangkan supaya saya sampaikan tazkirah tetapi saya kata, tak perlu buat demikian,” katanya pada sidang media sempena lawatan ke Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Chuchuh Puteri, semalam.
Ahmad berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membenarkan khutbah Jumaat digunakan untuk berkempen sempena pilihan raya kecil DUN Manek Urai.
Ditanya kemungkinan pandangannya itu membuktikan UMNO mengasingkan agama dan politik seperti didakwa Pas, Ahmad berkata, jika dengan tidak berkhutbah mengenai parti dalam masjid yang dibina Barisan Nasional (BN) dikatakan sebagai satu pengasingan agama dan politik, ianya tidak tepat.
Sementara itu, Ahmad yang bermalam di rumah bekas Ketua UMNO Cawangan Chuchuh Puteri B, Yaacob Mamat melawat dua rumah penduduk berhampiran Masjid ‘Bustanul Arifin’ Mukim Chuchuh Puteri, dekat sini.


No comments:
Post a Comment