Berniaga Bersama Ketua Pemuda UMNO Pinggiran Subang


Monday, June 1, 2009

KELAS TUISYEN UPSR 2009

Bandar Pinggiran Subang, 28 Mei - Dengan kerjsama Ahli jawatakuasa UMNO Cawangan Pinggiran Subang telah berjaya menjalankan kelas tuiysen bagi peringkat tahun 6 yang akan memduduki peperikassan UPSR 2009. Alhamdulilah, kelas tuisyen tersebut yang telahpun berjalan selama dua minggu yang mana telah dikendalikan oleh AJK-AJK Cawangan di bawah pimpinan ketua cawangan dan timbalannya.

Syukur.. pembelajaran kelas tuisyen tersebut tertumpu kepada subjek-subjek utama seperti sains dan matemaik. Insyallah, harap kami dengan bantuan tenaga pengajar yang berpengelaman seperti Cikgu Khalid dan Cikgu Latif mungkin dapat membantu dan membimbing anak-anak tersebut ke mercu kejayaan.

Mengeanai sambutan dari ibubapa juga sangat-sangat menggalakkan, yang mana kini terdapat kira-kira 25 orang pelajar sedang mengikuti kelas tuiysen tersebut. Bagi kami inilah dia titk permulaan bagi sesuatu kejayaan. Walapun kelas tuisyen ini bukan ulung-ulung kali di adakan, ianya satu kesinambungan dari kejayaan-kejayaan lepas, tapi dalam keadaan sekarang dari segi tempat dan keadaan dari segi masa dan peruntukkan, alhamdulilah ianya dapat di teruskan.

Memandang kepada kejayaan kelas tahun UPSR 2009, ada juga ibubapa yang bertanya tentang kelas PMR bagi tahun 2009. Memang besarlah harapan kami untuk mengadakan kelas-kelas seperti itu, tapi masih di peringkat perbincangan lagi. Kami disni memanglah teramat faham akan kemampuan ibubapa dan juga penduduk di sini untuk mengahantar anak-anak mereka kekelas tuisyen swasta. Harap dapat bersabar... dan kami akan usahakan sebaik mungkin.

Alhamdulilah, pada tanggal 28 Mei 2009 yang lalu kelas tuisyen kami telah di kunjungi oleh AJK Pemuda Bahagian dan AJK Puteri Bahagian. Tetamu yang hadir Cikgu Ramli, Cikgu Nik, En Nizam dan yang lain-lain ditemani oleh AJK cawangan En. Hisham, En. Basri, En. Zulkifli, Puan Faridah dan saya sendiri pada sesi beramah mesra sejenak bersama pelajar-pelajar. Sedikit ucapan nasihat di berikan oleh Cikgu Nik wakil dari Puteri Bahagian. Selepas itu rombongan tersebut telah menyampaikan sedikit sumbangan berupa minuman dan coklat kepada pelajar-pelajar tersebut.

Kami di peringkat cawangan sangat berterimakasih atas kunjungan tersebut. Sekali lagi kami di peringkat cawangan ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada pucuk pimpinan YB Dato' Ir Mohd Bushro bin Mat Johor dan barisan pimpinan yang peka akan permasaalah di peringkat akar umbi. Terimaksih juga kepada Saudara Megat Firdaus Bin Dato' Megat Junid yang sering mengintai kami di sini, Cikgu Ramli, En Nizam dan yang lain-lain.

Semoga apa jua yang kita lakukan mendapat keberkatan. Amin

Terimakasih.

No comments:

Post a Comment