Berniaga Bersama Ketua Pemuda UMNO Pinggiran Subang


Friday, June 5, 2009

Jangan perlekeh perjuangan UMNO


Di adaptasikan dari:
Sinar Harian.


SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan pihak tertentu yang memperlekehkan perjuangan UMNO dan orang Melayu dalam usaha mencapai kemerdekaan.

Beliau berkata, berdasarkan kesedaran dan kepercayaan orang Melayu, UMNO telah ditubuhkan untuk menentang penjajahan British.

“Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM) sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh kerana mereka cenderung ke kiri.

“Begitu juga Parti Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM tetapi mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh komunis,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kononnya orang yang pertama memperjuangkan kemerdekaan ialah Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya dalam blognya.

Dr Mahathir berkata, orang Melayu sebenarnya tidak percaya pemberontakan bersenjata akan berkesan kerana sekiranya menang sekali pun negara sudah rosak teruk kerana peperangan.

"Pendekatan orang Melayu dan UMNO mengambil kira kemampuan mereka, mungkin perjuangan UMNO tidak gah seperti perjuangan kemerdekaan bersenjata di negara-negara lain, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO lebih bermakna kerana Malaysia dapat menegak pendirian sendiri dan mengecam kuasa besar di dunia apabila mereka membuat kesalahan,” katanya.

Menurutnya, UMNO sebenarnya sebuah parti yang memperjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

“Chin Peng berjuang untuk mendirikan pemerintahan diktator komunis dan bukan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British.

“Komunis pimpinan Chin Peng terdiri daripada kaum Cina dan Melayu, yang akan ada dalam pemerintahan komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang,” katanya.

Beliau berkata, jika ini berlaku tidak mustahil bangsa dan bahasa Melayu lambat laun akan terhapus.

No comments:

Post a Comment