Diadaptasikan dari:
May 26, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara telahpun bermula sejak 15 Mei yang lalu dan akan berakhir pada 30 Jun 2009 ini nanti.
Bagi UMNO Bahagian Subang, persidangan tahunan UMNO Cawangan hanya akan bermula pada 30 Mei 2009.
Sehubungan dengan itu, satu majlis perasmian secara serentak untuk persidangan tahunan cawangan-cawangan UMNO di Bahagian Subang ini telah diadakan pada 24 Mei 2009 bertempat di The Club @ Bukit Utama, Bandar Utama bermula dari jam 8.30 malam.
Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Subang merangkap ADUN Paya Jaras, Y.B. Dato’ Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor.
Sebelum majlis perasmian dimulakan, hadirin dihidangkan dengan tayangan istimewa selama 25 minit berkenaan pendedahan sebenar kekecohan yang berlaku semasa persidangan DUN Perak, 7 Mei yang lalu.


No comments:
Post a Comment