UMNO Online
Jun 2nd, 2009 | By administrator | Category: Berita Eksklusif
BUKIT MERTAJAM, 2 Jun – Terbukti bahawa anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang baru dipilih, Mansor Othman telah disediakan kedudukan dan pangkat besar biarpun tidak mendapat kuasa daripada majoriti masyarakat di Penanti.
Bayangkanlah, seorang wakil rakyat yang hanya mendapat kepercayaan daripada kurang 40 peratus penduduk Penanti diberikan kuasa sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, iaitu satu jawatan yang bukan calang-calang untuk sebuah negeri maju.
Dilaporkan bahawa Mansor akan mengangkat sumpah jawatan Timbalan Ketua Menteri I esok (Rabu).
Malah difahamkan bahawa Ketua Menteri Lim Guan Eng mengalu-alukan penyertaan Mansor dalam kerajaan negeri untuk berkhidmat kepada rakyat sedangkan realitinya Lim sendiri pernah menyatakan bahawa pakatan campuran di negeri terbabit sukar untuk membasmi kemiskinan dan menunaikan janji-janji dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
Sememangnya, jawatan tersebut sengaja dikosongkan untuk meletakkan Mansor dan dikatakan bahawa Fairus menjadi mangsa permainan dalam pakatan campuran ekoran tindakan pemimpin atasannya yang mahukan Mansor mendapat kuasa.
Malah dalam kempen pilihan raya kecil Penanti minggu lalu, Anwar Ibrahim sendiri semasa berucap pada program ceramahnya di Padang Berapit membuktikan bahawa beliau adalah perancang utama dalam pakatan campuran apabila mengakui meminta bekas ADUN kawasan itu, Firus Khairuddin meletakkan jawatan.
Kata Anwar, memang beliau menyuruh Firus meletakkan jawatan sebabnya mahu Mansor bertanding dan sesuai menjadi Timbalan Ketua Menteri I.
Terbukti bahawa ketua pembangkang tersebut tanpa rasa bersalah telah menggunakan proses demokrasi bagi mencatur urusan politik dalaman partinya dengan mengenepikan Fairus untuk menaikkan Mansor.
Terbukti juga bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan percaturan politiknya dapat dilaksanakan biarpun membelakangkan pilihan rakyat dan mengkhianati penyokongnya sendiri.
Jika selama ini Anwar sering melaungkan hormati pilihan rayat, dalam soal Firus Anwar sendiri mengkhianati pilihan rakyat Penanti terhadap Firus kerana menyuruh Firus meletakkan jawatan bagi diganti dengan orang yang lebih berkelayakan.
Mansor, timbalan pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, memperoleh 6,052 undi dengan majoriti 5,558 undi, menewaskan tiga calon Bebas dengan peratusan keluar mengundi terendah iaitu tidak sampai 50 peratus.


No comments:
Post a Comment