Sinar Harian
Kerajaan perpaduan: DAP minta penjelasan Abdul Hadi

:Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, perkara ini tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) dan tiada parti dalam PR yang menyatakan persetujuan terhadap cadangan ini kecuali Pas.
:Menurutnya, perkara ini dijangka dibincangkan dalam perjumpaan bersama pemimpin PR pada persidangan Parlimen minggu depan.:
:“Saya ingin menegaskan DAP tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara ini dan Pas juga tidak pernah membawa perkara ini ke Majlis Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi PR.
:“Saya tidak tahu sama ada kenyataan beliau telah disalah tafsir oleh media tetapi sebagai seorang pemimpin yang arif tentang agama, jika beliau menyatakan DAP telah bersetuju dengan cadangan Pas, beliau bukan sahaja harus menjawab kepada DAP tetapi juga kepada tuhan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
:Guan Eng berkata, beliau sendiri tidak tahu apa yang cuba dibangkitkan oleh Abdul Hadi mengenai kerajaan perpaduan ini, malah isu berkenaan turut menyebabkan masalah dalaman Pas.
:“Pas sahaja dalam PR yang masih berpegang pada cadangan kerajaan perpaduan ini,” katanya.
:Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Pas Ke-55 minggu lalu menggesa supaya kerajaan perpaduan dibentuk bagi menyelesaikan masalah dalam negara secara menyeluruh.
:Bagaimanapun, saranannya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan itu bukan saja dipertikaikan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malahan bekas pemimpin kanan parti itu sendiri.


No comments:
Post a Comment