Berniaga Bersama Ketua Pemuda UMNO Pinggiran Subang


Sunday, February 1, 2009

UMNO Cawangan Bandar Pinggiran Subang telah di asaskan penubuhannya pada 9 April 2005 dan telah mendapat pengiktirafan dan kelulusan dari Pendaftaran Pertubuhan mengikut peruntukkan Seksyen 12 AKTA Pertubuhan 1966 denagn rujukkan PPM/SEL. 251/88-20191 bertarikh 24hb Februari 2006.

Selaras dengan kehendak dan peraturan Fasal 18.2 Perlembagaan UMNO, persidangan pertama cawangan telah di adakan pada 01hb Julai 2006 dan di rasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Mokthar Bin Haji Ahamad Dahlan selaku ADUN Kota Damansara merangkap Ketua UMNO Bahagian Subang ketika itu. Ketua Cawangan UMNO pada ketika penubuhan di pimpin oleh Saudara Mohamad Radzi Bin Dawood dan di barisi oleh barisan-barisan ahli jawatankuasa yang mantap.

Namun masa berlalu terlalu pantas, belum pun sepenggal kami bertatih dan belum pun sempat kami berlari di atas tanah jajahan sendiri. Belum pun sempat kami menanggih kepuasan dan kenikmatan di bawah panji-panji Negeri. Belum puas kami menyemai budi .... pucuk pimpinan diatas telah berubah, Selangor bukan milik kami lagi.

Dalam kepayahan ini kami teruskan juga. UMNO Cawangan Pinggiran Subang masih tetap utuh. Namun badai menjengah lagi kini teraju pimpinan UMNO Cawangan Pinggiran Subang di pimpin oleh saya. Mahu atau tidak kepercayan telah di beri, suka atau tidak tanggungjawab harus di pikul. Masyarakat mahukan perubahan, berbariskan Saudara Azman Atan - Pengerusi Tetap, Saudara Hamdan Mahmud - Timbalan Ketua Cawangan/ Ketua Pemuda , Puan Zarina Darman - Ketua Wanita dan Ahli Jawatankuasa-ahli jawatankuasa yang mantap serta jitu, kami teruskan perjuangan ini.

UMNO akan terus berdiri, Selangor bakal kami takluki kembali.....