Di adaptasikan dari:
Sinar Harian
PULAU PINANG - Belumpun reda kemelut antara DAP dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung isu pelucutan jawatan Ahli Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari PKR, kini timbul pula dakwaan salah guna kuasa terhadap seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PKR.
Dakwaan itu dibuat oleh Anggota Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau lebih dikenali sebagai Jeff Ooi dari parti DAP berkaitan cubaan ahli majlis berkenaan membatalkan arahan berhenti kerja yang dikeluarkan MPPP terhadap sebuah syarikat pemaju perumahan di kawasan Jelutong.
Ketika bercakap pada sidang akhbar di sini semalam, beliau mendakwa ahli majlis itu berusaha melobi supaya perintah berhenti kerja itu ditarik balik bagi membolehkan pemaju meneruskan kerja pembinaan kondominium berkenaan.
Katanya, ahli majlis itu juga dikatakan bertindak mendesak pegawai-pegawai MPPP untuk membentang semula arahan berkenaan supaya ia boleh dikaji semula dan ditarik balik.
“Saya berpendapat ahli majlis berkenaan tidak mematuhi etika prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus kerana bertindak seperti ‘koboi’ dengan melobi serta mendesak bagi menyebelahi kepentingan pihak pemaju.
“Sepatutnya dia (ahli majlis) hanya boleh membawa sebarang usul secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat rasmi yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan membuat tekanan atau desakan seperti itu,” katanya.

No comments:
Post a Comment